RSS

AURORA

20 May

Apakah itu ‘Aurora’?

Anda mungkin pernah mendengar perkataan Aurora bukan? namun tak ramai yang tahu apa itu Aurora. Berdasarkan research yang di buat definasi Aurora yang paling tepat adalah, Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kebiasaan fenomena ini berlaku pada Mac dan April sertaSeptember dan Oktober. Setiap Aurora ini di sifatkan tidak serupa iaitu di lihat dalam bentuk tidak sekata dan berubah-rubah dari setiap kejadian fenomena ini.

800px-AuroraB24364_o

a1a5

Les-aurores-polaire-photo-03aurora_kuenzli

Ini Pula Penerangan Wiki Mengenai Fenomena Aurora
Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol-garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm.

Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi–atmosfera menyerap cahaya UV).
Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2013 in Info Sains Harian!

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: