RSS

20 May

Penemuan Planet Baru Menyerupai Bumi

 

Satu planet menyerupai BUMI ditemui buat pertama kalinya. Planet ini mempunyai bekalan air dan menyokong kehidupan.

Fakta tentang Planet-menyerupai Bumi

Ilustrasi Pelukis
Planet baru ini dinamakan Gliese 581 C sempena nama bintangnya Gliese 581.
Gliese 581 C terletak pada kedudukan “Goldilocks” iaitu kedudukan yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintangnya (seperti Matahari bagi Bumi) bagi mengelakkan air di muka planet dari membeku atau meruap.
Jarak Gliese 581 C dari bumi adalah 20.5 tahun cahaya bersamaan 193,944,974,687,906.44 kilometer.
1 tahun cahaya= 946,052,840,000 kilometer
.
Gliese 581 C 2 kali ganda lebih besar berbanding bumi
Gliese 581 C 5 kali ganda lebih berat berbanding bumi.
Merupakan planet terkecil di luar sistem suria bumi.
Jarak di antara Gliese 581 C dengan bintangnya 15 kali ganda lebih dekat berbanding jarak Bumi ke bulan.
Setahun di Gliese 581 C bersamaan 13 hari di Bumi.
Keadaan siangnya 15 kali ganda gelap dan suhunya lebih sejuk berbanding di bumi.
Suhu di muka plane ialah di antara 0-40 Celcius.

Saintis masih belum mengesahkan samada wujudnya kehidupan biologi di Gliese 581 C . Maklumat awal melalui model komputer menjangkakan permukaan muka planet ini berbukit (berbatu batan) seperti bumi ataupun dilitupi air sepenuhnya. Walaupun belum ada sebarang pengesahan mengenai penemuan kehidupan di planet ini, penemuan ini telah membuka lembaran kepada kajian mengenai BUMI BARU.

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2013 in Info Sains Harian!

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: